KOBOI KONTRAK

ImageImage

 

Memang berbekas la tangan..setelah difikir2kan semula aku rasa sangat berbaloi dapat menyiapkan projek yang boleh dikatakan mega untuk kategori macam aku ini. Masakan tidak dengan sedikit pengalaman dalam kerja2 pertukangan,kiranya dengan hasil yang ada aku boleh layak berbangga la juga. Kerja2 dimulakan pada hari rabu bersama ayah, sebelum itu aku dan ayah berbincang samada nak upah orang atau nak kita buat sendiri, cadangan itu aku jawab dengan yakin kita buat sendiri..bukan apa untuk merasai sendiri pengalam dan menggali sedikit ilmu untuk diri sendiri. Jadi langkah pertama aku mohon cuti untuk tiga hari bermula dari rabu hingga khamis, begitu juga ayah.

Kerja2 asas dimulakan pada hari rabu, bermula dengan kerja mengukur, membersihkan kawasan, memunggahkan batu dan menyediakan peralatan serta bahan2 pertukangan. Sebelum mula untuk mengikat batu kita harus memastikan dahulu ketepatan samada lurus atau tidak, proses ini dilakukan dengan menggunakan benang. Benang akan dipacak di hulu dan hilir kawasan dimana tempat batu akan disusun untuk diikat satu sama lain. Selain untuk kelurusan proses ini juga dapat membantu pekerja dalam memastikan batu terus menegak keatas dan tidak condong ketepi yang boleh mengakibatkan tembok kurang ketahanan dan berkemungkinan akan roboh.

Setelah semua selesai bancuhan simen dilakukan, proses ini juga penting skiranya pasir dan simen terlalu jauh nisbahnya maka bancuhan akan jadi tidak kuat apabila sudah keras, bak kata ayah “kita buat untuk kita sendiri bubuh je simen tu bebanyak biar puas”  hihihi..apa lagi bubuh jangan tak bubuh,maka dengan lafaz bismillah aku dan ayah pun memulakan dengan perletakkan batu asas, hari pertama aku rasakan agak redup dengan angin yang kuat. 

Hari kedua kerja2 sudah menjadi lebih senang cuma cuaca sahaja yang menjadi cabaran untuk kami berdua, dengan panas terik matahari yang membahang bagai membakar kulit aku, tapi ayah tetap steady je, hebat betul ayah aku ni. Air masak berbotol2 aku tegok, peluh tidak usah cerita seperti baju baru lepas direndam dalam air, punyalah lencun. Begitulah hari seterusnya.

Sekarang baru aku dapat menilai dengan lebih terkesan lagi, aku susah mencari rezeki tetapi bayangkan kalau aku mencari rezeki dengan melakukan kerja sedemikian, bagaimana pula dengan mereka yang mencari rezeki dengan kerja2 yang betul2 menggunakan tulang empat kerat mereka seperti itu. Mahu atau tidak terpaksa lakukan demi kelangsungan hidup. Seperkara  yang menjadi cakap2 di kepala aku ini ialah, bagaimana aku dan ayah yang hanya berbekalkan sedikit pengalaman terutamanya dari ayah dapat melakukan kerja yang sekemas ini, barangkalai sekiranya seseorang yang sememang inilah pekerjaanya aku dapat rasakan lebih baik dari ini dia boleh lakukan. Kepada Suratin sekiranya  engkau faham apa makna ikhlas dan jujur dalam kerja dan aku akan sangat dan lebih faham untuk menilai engkau sebagai manusia..

Maka pada hari sabtu lepas segalanya terlaksana dan selesai, kepuasan yang sangat bermakna dapat aku rasakan. Alhamdulillah itulah kerja2 kenangan aku dan ayah. Walaupun tapak projek hanya di hadapan rumah sesungguhnya aku masih lagi rindu dengan saat-saat itu.

 

WordPress ke Word deppressed??

Untuk penggunaan blog yang baharu ini aku cuba la untuk memberikan kelainan kepada diri aku sendiri. WordPress adalah pilihan aku untuk berblog selepas blogspot telah meremukkan hati aku untuk kedua kalinya. Tetapi untuk wordpress aku tersangat la depressed, mungkin aku kena untuk banyak berxplore lagi. Kadang2 pening aku masa baru mula2 nak upload entri terbaru..Harap2 selepas ini aku akan bertambah mahir berblogging dengan wordpress, apa lagi selepas ini?

    Image

Image

Image

Image

Image

Image

 

KUSUT SERABUT

Kusut betul bila teringatkan semula blog lama aku tu. Aku tak tahu macam mana nak buat dan dengan siapa au nak minta tolong. Harapan terakhir aku ialah makcik aku, mudah2an dia bisa menolong menyetelkan kekusutan benak fikiran aku ni. Mahu nya aku tak kusut, blog yang sekian lama aku usahakan tiba2 tidak dapat di log in untuk up date..

 

Image

 

Image